Friday, 25 December 2015

Alhamdulillah. Harga terkini teh hijau thai promosi

Assalamualaikum.

Buat pengunjung blog, terima kasih kerana sudi bertandang ke mari. Saya pun lama tidak buat apa-apa posting di sini.

Kali ini, saya ingin memperkenalkan harga terkini, setelah melihat kembali kos-kos yang terbabit dalam perniagaan ini. Kalau dulu harganya RM15 sepaket, kini,

HARGA TERKINI HANYA RM13 SAHAJA!!!

Insyallah, tuan puan yang berminat hendak merasai sendiri keharuman, keenakan, dan khasiat yang terkandung oleh teh hijau ini, bolehlah direct menghubungi saya:

Us.Fadhil
010-3442970
Sms/call/wasup/telegram

Juga saya buka peluang kepada sabahat pengunjung yang ingin berniaga teh hijau ini secara agen di kawasan masing-masing, boleh hubungi saya di nombor tertera di atas.

Insyallah. Semoga usaha ini diberkati Allah. Amin.


Friday, 4 December 2015

BANGSAKU MELAYU.. ASAL KATA melayu (mala'u)

arti sebenar Melayu yang digelapkan sejarah oleh Imperialis
Sumber Kedua Lebih Sahih daripada sumber sebelum.

Perkataan Melayu asalnya ialah daripada perkataan Arab “al-Mala-u”.
'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :
a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

Gelaran “Mala-u” mula wujud semasa zaman Merong Mahawangsa menerima Islam dan menyebarkan dakwah Islam. Pendakwah atau mubaligh Islam daripada tanah Arab dan Tanah India menikahi pribumi tempatan iaitu suku-suku tempatan. Golongan ini dipandang mulia lalu digelar “Mala-u”. Siapa-siapa pribumi tempatan yang memeluk Islam layaklah dia digelar sebagai “Mala-u”.

Jadi Melayu bermaksud mulia. Tanah Melayu adalah tanah yang mulia atau penduduknya yang mulia dengan Islam. Jadi bangsa Melayu ialah asal namanya Bangsa Mala-u iaitu bangsa yang mulia dengan Islam.

Nama Melaka ialah nama yang diubah oleh Imperialis. Asal nama negeri Melaka ialah Malakat iaitu tempat pertemuan seluruh umat Islam atau umat manusia. Negeri Malakat ialah negeri yang diperintah dan didiami oleh bangsa Mala-u iaitu bangsa yang mulia.
Sesiapa sahaja yang menetap di Tanah Mala-u. Ialah orang Islam yang mempunyai pakej Islam, mampu bertutur bahasa Mala-u, maka layak digelar Mala-u. Sekalipun datang daripada tanah Arab, India dan China.
Wallahhua’lam.
___________________________________________________________
"Kita adalah Singa yang hidup tidak ubah seperti lutong. Menyangka dirinya adalah lutong. Yakin bahawa datuk neneknya juga berketurunan lutong, Disebabkan diajar oleh penjajah untuk hidup seperti lutong."

1.Melayu ciptaan Imperialis dan dikehendaki Imperialis:
-Tidak takut Allah, mudah disogok dan dirasuah. Korupsi.
-Lemau, pemalas, sasau dan nanas.
-Banyak adu domba, iri hati dan tuduh menuduh.
-Tidak intelek, khianat, gopoh dan cetek pemikiran.
-Tidak berakhlak, suka melaknat dan mencela.
-Mudah ditipu dan suka menipu sesama bangsa sendiri.
-Berpecah belah dan banyak sengketa.
-Murtad dan sekular.

2.Jati diri Melayu sebenar seperti zaman datuk nenek moyang yang gemilang:
-Tunduk, patuh dan berserah pada Allah. Ini tunggak utama jika tidak tiadalah layak untuk menggelar Melayu kerana erti Melayu sahaja ialah tunduk dan berserah pada Allah.
-Kesantunan yang tinggi, berbudi pekerti, berlapang dada dan indah berbahasa.
-Intelek yang tinggi dan berfikiran jauh.
-Berkemahiran dan gigih berusaha.
-Rajin bekerja serta bijak berniaga.
-Tidak gopoh sentiasa hemat dan usul periksa.
-Tawadhuk dan menghormati semua manusia dan bangsa.
-Bijak mengatur langkah dan strategi.

Pilihlah sama ada nak jadi Melayu ciptaan Imperialis atau jati diri kita yang sebenar. Renungkan apa kata orang Arab dulu mengenai Melayu yang dipetik daripada kitab lama.
---------------------------------------------------------------------------------------------------
( kitab Hadiqatul Azhar War Rayahin jilid 1, Al Alim Allamah Az Zaki Asy Sheikh Wan Ahmad Bin Sheikh Wan Muhammad Zain Al Fathani R.A, ulama tersohor bangsa Melayu di Makkah dan Nusantara)
Makna bagi Melayu ialah:-:
الرؤسأ سمو بذلك لأنهم ملأ بما يحتاج أليه

“ Pemimpin-pemimpin, dinamakan dengan demikian itu kerana pemimpin ini mereka mampu memenuhi hajat orang lain.” Lisanul Arab.

والملأ: ألخلق الملئ بما يحتاج أليه
“ Memiliki akhlak yang memenuhi keperluan orang lain. ” Imam Abu Manzur.

والملأ: الجماعة أشراف القوم

... “ Satu al jamaah, Bangsa yang mulia ”- Qamus al ma’ani.

والملأ : الأشراف من الناس

“ Manusia yang paling mulia di kalangan Manusia”- tafsir Qurtub
_____________________________________________________________

Sejarah membuktikan bahawa Islam telah datang ke Nusantara berkurun lebih dahulu daripada zaman pengislaman Phra Ong Mahawanser. Ulama Nusantara dan sejahrawan tidak menolak fakta ini tetapi apa yang dibincangkan dalam artikel ini adalah BILAKAH agama Islam (dan bangsa Melayu) diisytihar setelah diijmakkan oleh Ulama dan Sultannya menjadi agama rasmi Nusantara (dan bangsa rasmi Nusantara).

Pemerintahan di zaman ini tidak mengenepikan agama-agama lain tetapi mereka yang bukan Islam (tidak dipanggil 'Mala-u') tetapi tidak memerangi Islam - dikenakan jizyah dan mereka yang masih langsung tidak menerima corak pemerintahan ini termasuk tidak mahu membayar jizyah telah melari dan memencilkan diri ke dalam hutan dan bukit bukau.

Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah menamakan gagasan bangsa yang baru sebagai AL-MALA-U (9) bersempena satu kalimah Arab yang bermaksud ‘(berkembang-biak) memenuhi ruang’ kerana cepatnya berkembang pengaruh agama Islam di Kalaha. Lama-kelamaan, pengaruh dialek dan sebutan berbilang bangsa ini telah menerbitkan perkataan “MELAYU” seperti yang dikenali hari ini.

(Nota 9)

Syed Syeikh Abdullah Al-Qumairy telah meletakkan nama 'bangsa yang baru' ini sebagai "Al-Mala-u' sempena Firman Allah SWT :

Surah Saad : Ayat 69

مَا كَانَ لِي مِنْ عِلْمٍ بِالْمَلَإِ الْأَعْلَى إِذْ يَخْتَصِمُونَ

Tiadalah bagiku sebarang pengetahuan tentang penduduk alam yang tinggi (Al-Mala-ul'A'la) semasa mereka bersoal jawab.

Hadis Nabi S.A.W :

ثنا عبد الرزاق أنا معمر عن أيوب عن أبي قلابة عن بن عباس ان النبي صلى الله عليه و سلم قال أتاني ربي عز و جل الليلة في أحسن صورة أحسبه يعني في النوم فقال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت لا قال النبي صلى الله عليه و سلم فوضع يده... بين كتفي حتى وجدت بردها بين ثديي أو قال نحري فعلمت ما في السماوات وما في الأرض ثم قال يا محمد هل تدري فيم يختصم الملأ الأعلى قال قلت نعم يختصمون في الكفارات والدرجات قال وما الكفارات والدرجات قال المكث في المساجد والمشي على الاقدام إلى الجمعات وإبلاغ الوضوء في المكاره ومن فعل ذلك عاش بخير ومات بخير وكان من خطيئته كيوم ولدته أمه وقل يا محمد إذا صليت اللهم اني أسألك الخيرات وترك المنكرات وحب المساكين وإذا أردت بعبادك فتنة ان تقبضني إليك غير مفتون قال والدرجات بذل الطعام وإفشاء السلام والصلاة بالليل والناس نيام

Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq yang berkata telah menceritakan kepada kami Ma’mar dari Ayub dari Abi Qilabah dari Ibnu Abbas bahwa Nabi SAW bersabda “RabbKu Azza wa Jalla datang kepadaku malam tadi dalam sebaik-baik bentuk” –Aku mengira maksudnya adalah dalam tidur- Lalu Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la yang menjadi perbalahan? Baginda bersabda “tidak”. Nabi SAW bersabda “Lalu Dia meletakkan tangan-Nya di antara dua bahuku hingga aku dapati dinginnya antara dua dadaku. Atau Baginda bersabda “antara tenggorokanku”. Maka tahulah aku apa yang ada di langit dan di bumi. Kemudian Dia berfirman “Wahai Muhammad, apakah kamu tahu mengenai apa Al Mala’ul A’la (yang menjadi punca) pertengkaran?”. Baginda bersabda ‘Aku berkata “ya , mereka bertengkar mengenai Al Kafarat dan Ad Darajat?”. Apa itu Al Kafarat dan Ad Darajat?. Diam di masjid, berjalan kaki untuk berjema’ah, menyempurnakan wudhu dalam suasana/keadaan tidak menyenangkan, barangsiapa melakukan hal itu maka ia hidup dengan baik dan mati dengan baik. Dia bersih dari dosa seperti baru dilahirkan Ibunya. Dan katakanlah wahai Muhammad bila kamu selesai solat “Ya Allah sesungguhnya aku memohon KepadaMu kebaikan-kebaikan, meninggalkan hal yang mungkar dan cinta kepada orang-orang miskin. Dan bila Engkau menginginkan fitnah bagi para hambamu maka cabutlah nyawaku kepadaMu dengan tanpa fitnah”. Dan Ad Darajah adalah dengan memberikan makanan, menyebarkan salam dan solat malam saat manusia tidur”. [Hadis riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad 1/368 no 3484 dan Sunan Tirmidzi 5/366 no 3233]

'Al-Mala-u' juga disebut di banyak tempat dalam Al-Qur'anul Karim dan juga Hadis. Mengikut Kamus Bahasa Arab- Al-Mala-u bererti :

a) Budi pekerti yang tinggi (husnulkhuluqa (akhlak yang mulia) yakni makna kepada agama sebagaimana satu Sabda Rasulullah S.A.W.)
b) Pemimpin
c) Cahaya (Iman dan Taat) yang memenuhi ruang dan masa

Gelaran ini diberikan bagi mengesahkan bahawa warga ini adalah :

a) Ahli (warga yang menerima Talkin kalimah Taqwa dan Tarbiah)
b) Jawi (penulisan bangsa Arab asal iaitu Jawi Qadim (Asia Barat) – manakala Bangsa Melayu asal pula menggunakan Jawi Jadid (Asia Tenggara) yang menambahkan titik pada beberapa huruf)
c) Melayu (yang berkembang-biak memenuhi ruang)
d) Asal (yang asli atau yang yang tulin menerima agama Islam dari Seruan Nabi Muhammad Rasulullah S.A.W.)
e) Bangsa (rasmi) kebangsaan (Warga Angin Bawah Bayu Merdeka)
f) Pegang Teguh Agama Islam – berpaut kukuh kepada agama Samawi.

(AHLI JAWI MELAYU ASAL BANGSA KEBANGSAAN PEGANG TEGUH AGAMA ISLAM – Sekira-kiranya pewaris asabah kepada satu bangsa beragama) (menyamai dengan zaman kegemilangan Islam lampau) atau ringkasnya Pemimpin Yang Berbudi Pekerti Mulia dan Nurnya Meliputi Alam (Khalifah) Kemudian Sultan Muzaffar 1 memperkenalkan kepada mata dunia bahawa ISLAM ITU MELAYU dan MELAYU ITU ISLAM.) (10)
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Jadi bangsa Melayu dahulu ialah bangsa yang taat pada Allah. Telah menjadikan tanah air mereka sebagai tanah Melayu yang bererti tanah dakwah atau tanah yang penduduknya rata-rata tunduk dan berserah pada Allah. Mereka telah memanfaatkan kelebihan strategik Tanah Melayu sebagai tempat muafakat iaitu perjumpaan semua bangsa dari Timur dan Barat untuk menyebarkan Islam disamping berdagang. Sanggup menerima mana-mana bangsa dan suku yang mahu menetap di Tanah Melayu dan boleh mengiktiraf mereka sebagai orang Melayu andai mereka Muslim dan boleh berbahasa Melayu sebagai tanda ukhwah yang dipamerkan oleh nenek moyang kita dahulu. Dek kerana ini kita dibenci dan tamadun kita dimusnahkan penjajah tak bersisa.
Jati diri kita ialah jati diri Islam iaitu tunduk,patuh dan berserah pada Allah. Siapa dakwa dia orang Melayu dan memperjuangkan Hak Melayu perlu ada sifat tunduk dan patuh pada perintah Allah disamping berserah pada ketentuan Allah. Begitu juga berakhlak dan berbudi tinggi.
Pertuturan orang Melayu dulu menggunakan perkataan Hamba dan Tuan Hamba. Semasa bertuturpun mengingatkan kita hamba pada yang Esa.
Marilah bersama kita kembali perbaiki bangsa kita supaya tahu jati diri dan identiti. Bangsa kita atau tak kira apa bangsa akan kembali mulia hanya dengan Islam. Perkasakan Islam kita. In shaa Allah bangsa kita akan kembali gemilang dan dikenal semula sebagai bangsa dakwah.

Saturday, 21 November 2015

17 Pintu Masuk Syaitan ke dalam DIRI Manusia

1. Al jahlu (kebodohan)
2. Al ghadhab (marah)
3. Hubbud dunya (gila dunia)
4. Thulul amal (panjang angan-angan)
5. Al hirshu (tamak)
6. Al bukhlu (pelit)
7. Al kibru (sombong)
8. Hubbul mad'hu (gila pujian)
9. Ar riyaa'u (pamer)
10. Al 'ujubu (bangga diri)
11. Al jaza'u wal hala'u (panik dan galau)
12. Ittiba'ul hawa (menuruti nafsu)
13. Su udz dzon (prasangka buruk)
14. Ihtiqorul muslim (merendahkan orang islam)
15. Ihtiqorudz dzunub (meremehkan dosa)
16. Al amnu min makrillah (merasa aman dari ancaman Allah)
17. Al qunuth min rahmatillah (pesimis dari rahmat Allah).

“Ya Allah, limpahkanlah shalawat serta salam kepada junjungan Nabi Besar Muhammad, sang cahaya-Mu yang selalu bersinar dan pemberian-Mu yang tak kunjung putus, dan kumpulkanlah aku dengan Rasulullah di setiap zaman, serta shalawat untuk keluarganya dan sahabatnya, wahai Sang Cahaya.”
آمين...

Friday, 20 November 2015

TIDUR OH TIDUR


Bila Dr Noorhisam dari Tahfiz Medic menukilkan dapatannya bahawa dalam sehari, kita hanya memerlukan tidur selama 3jam, saya cuba...saya tidur sebelum jam 12 dan cuma bangun semula pukul 3pagi tetapi saya bangun dengan rasa mengantuk dan letih. Kekadang saya tertidur semula dan bangun jam 4.30 pagi.

Saya syak, mungkin sistem badan saya yang tidak berfungsi dengan baik..menyebabkan saya tidak dapat bangun dengan cergas seperti yang dirancang.

Tetapi saya pelik, bilamana ada hari-hari tertentu, tika saya "tanpa rela" sering tertidur pada pukul 9malam.....seterusnya secara otomatik, sekitar jam 2pagi saya pasti akan terjaga. Biji mata saya segar....lalu saya pun bangun untuk melakukan aktiviti2 rutin saya....tanpa mengantuk! Saya pelik!

Rupa-rupanya apa yang berlaku pada saya bukan suatu yang abnormal....saya menemui artikel karya Dr Hamza Al-Hamzawi.

Menurut kajian beliau, untuk bangun dengan cergas, kita tak perlu tidur selama 8jam seperti kajian barat. Tetapi cukup dengan tidur selama 3jam sahaja. Tetapi waktu tidur itu mestilah dari pukul 9 malam hingga 12 malam (tapi kita di zaman skrg ni kalau kita dapat tidur tepat pukul 10 dàn bangun jam 2pagi...itu dah lebih dari baik).

Berdasarkan sunnah, Rasulullah saw sememangnya tidur di awal malam kerana tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang paling bermanfaat. Seseorang itu boleh dapat 80% daripada tidur yang nyenyak pada waktu ini. Waktu ini juga terdapat 'Baraka' di dalamnya iaitu sejam waktu tidur bersamaan dengan tiga (3) jam waktu tidur.

Pada masa ini kelenjar pineal mengeluarkan hormon melatonin iaitu membantu kita untuk tidur.

Tidur dari pukul 12 pagi hingga 2 pagi
Waktu ini terdapat 20% waktu tidur nyenyak dan selebihnya iaitu 80% adalah 'dream sleeping' yang tidak berguna. Pada masa ini tidur sejam bersamaan dengan sejam waktu tidur.

Dari dari pukul 2 Pagi hingga 5 Pagi sebelum Subuh (Fajr)
Ini sebenarnya bukan lagi waktu tidur tetapi adalah waktu yang paling sesuai untuk menghafal, mengingati Allah, berzikir, Istighfar dan penumpuan mental.

Tidur pada waktu siang (selepas Fajr)
Tidur pada waktu ini adalah waktu tidur yang tidak bermanfaat kerana tiga (3) jam tidur bersamaan dengan sejam waktu tidur, ditambah dengan kelesuan, kekeliruan, dan hilangnya fokus.

Tidur dari Fajr hingga terbitnya matahari
Kelenjar pineal mengeluarkan hormon lain iaitu 'serotonin' iaitu dari Fajr sehingga terbitnya matahari dengan syarat seseorang itu mestilah sudah bangun.
Bagi mereka yang solat Subuh dengan 'Jamat' dan duduk mengingati Allah.
Pada waktu ini adalah sangat sesuai untuk berzikir dan melakukan aktiviti harian.

Pembebasan 'melatonin' oleh kelenjar pineal berkurangan selepas 40 tahun dan berhenti selepas 50 tahun. Kemudian seseorang itu harus memanfaatkan apa yang telah tersimpan dalam badan sehingga sepanjang hayatnya.

Jadi, jika seseorang mendapat 'Alzheimer' dan permulaan 'Dementia', bermakna dia telah tidur lewat sepanjang hidupnya.

PROMOSI PROMOSI PROMOSI!!!!

TEH HIJAU THAI
terbaik, wangi, rasa lain macam....
PROMOSI AKHIR TAHUN (20-31 DISEMBER 2015)
RM12 SAHAJA!!!!! (normal 15)

Ini antara khasiatnya :

®Membantu Kuruskan Badan Serta ®Mengempiskan Perut
®Membantu Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
®Mempercepatkan proses metabolisme
®Membakar lemak dalam badan
®Mengurangkan paras kolestrol dalam badan
®Kulit lembut dan sihat
®Membasmi Kuman dan Bakteria dalam Badan
®Agen Anti-penuaan dan awet muda
®Kesihatan Buah Pinggang
®Mengatasi Stress dan Menyegarkan otak
®Mengurangkan risiko penyakit kanser
®Membantu segarkan tubuh, mengeluarkan angin dalam tubuh

Dah dah..... Nak try, boleh pm ambe direct atau wasup

0103442970. (Us.Fadhil)
0103442970. (Us.Fadhil)
0103442970. (Us.Fadhil)

#halalanthoiyyiban

Thursday, 19 November 2015

DOA MEMBUKA KEDAI / TEMPAT USAHA


Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz Kemarin Ketika di Sahah (pelataran), di tengah pasar kota Tarim. Mengijazahkan doa supaya di baca setiap kali mahu membuka toko/kedai atau tempat usaha.

-Ta'awwuzd 1x (أعوذ بالله من الشيطان الرجيم )
- Basmalah 1x (بسم الله الرحمن الرحيم)
- Ayat Kursi 1x
اَللهُ لآَإِلهَ إِلاَّهُوَالْحَىُّ الْقَيُّوْمُ ج لاَتَأْخُذُه سِنَةٌ وَلاَنَوْمٌ ط لَهُ مَافِى السَّموَاتِ وَمَافِى اْلاَرْضِ قلى مَنْ ذَالَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَه اِلاَّبِاِذْنِه ط يَعْلَمُ مَابَيْنَ اَيْدِيْهِمْ وَمَاخَلْفَهُمْ ج وَلاَيُحِيْطُوْنَ بِشَيْئٍ مِنْ عِلْمِه اِلاَّبِمَاشَآءَ ج وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّموَاتِ وَاْلاَرْضَ ج وَلاَيَؤدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَالْعَلِيُّ الْعَظِيْمُ
- Al-Ikhlas 3x
- Al-Falaq 1x
- An-Nas 1x

Insya ALLAH yang membacanya, akan dimudahkan rezekinya dari ALLAH juga akan diberikan:
- Himayah ( Penjagaan, di jaga rezekinya oleh ALLAH )
- Kifayah (diberikan kecukupan dalam rezeki )
- diberikan Keberkahan

Kemudian Habib Umar mengucapakan "Ajaznaakum" ( saya beri ijazah pada kalian semua ) maka dijawablah qabiltu ( saya terima )

Selamat mengamalkan......
Semoga berkah.

Monday, 16 November 2015

TEH HIJAU, KHASIAT DAN TIPS PENYEDIAAN MINUMAN

Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma sholli ala saidina muhammad

Insyallah, kita cuba ambik tahu tentang teh hijau.


Kebaikan Khasiat Teh Hijau (Green Tea) Kepada Kita

Kami yakin bahawa 99% mereka yang order atau minum green tea ini sedar akan kebaikan dan khasiat green tea kepada kesihatan mereka. Lagi satu, kebanyakan mereka ini adalah terdiri daripada golongan perempuan. Kenapa? Sudah pastilah sebab ingin jaga kesihatan dan juga menguruskan badan mereka dengan teh hijau.

Apa kebaikan khasiat teh hijau atau green tea kepada kesihatan kita? Ini antara khasiatnya :

®Membantu Kuruskan Badan Serta ®Mengempiskan Perut
®Membantu Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
®Mempercepatkan proses metabolisme
®Membakar lemak dalam badan
®Mengurangkan paras kolestrol dalam badan
®Kulit lembut dan sihat
®Membasmi Kuman dan Bakteria dalam Badan
®Agen Anti-penuaan dan awet muda
®Kesihatan Buah Pinggang
®Mengatasi Stress dan Menyegarkan otak
®Mengurangkan risiko penyakit kanser
®Membantu segarkan tubuh, mengeluarkan angin dalam tubuh
Sekarang, yang top seluruh negara adalah teh hijau thailand. Ramai yang tercari-cari sebab khabarnya rasa sedap lain macam. Ada yang dah pernah cuba di expo pertanian thailand. Ada yang pernah cuba di restoran masakan thai dan ada yang tengok gambar saja pun dah terliur.

Ade yang buat teh o' pagi- pagi minum memang segar tubuh dan bertenaga. Semangat tu datang untuk bekerja. Ada yang buat teh tarik. Memang terbaik. Ade lagi tips cara menyediakan minuman teh hijau ni, kami kongsikan disini.
Teh tarik ais. Berbuih sampai keluar gelas.
Cara dia mudah ja,
1- sesudu teh kedalam jug 1 liter
2- rendam dengan segelas air mendidih selama 5 minit
3- masukkan 6 sudu susu pekat manis dan kacau.
4- masukkan kedalam blender bersama kiub ais dalam 20 ketul
5- blendkan.
6- siap dan hidanglah

Tambahan, ada yang kata tambah garam dan susu sejat cair sikit, lagi lemak rasanya.. Perghhh.. Dah meleleh air liur.

Baiklah.. Kami dah kongsikan khasiat teh hijau dan tips menyediakan minumannya diatas, jadi sekarang cepat-cepat dapatkan dengan kami.


Tulisan thai, pada paket tehnya, sebab memang import dari thai. Halalnya terjamin, setelah mendapat status halal rasmi komiti muslim thailad.(sebuah badan bebas yang menjaga produk halal muslim)
Nak cam logo halal, mesti ada no.siri dibawah logonya.


Dengan harga RM13 SAHAJA, sepaket boleh buat sampai 60 jug. Insyallah cukup 1@2 bulan.

Agen2 (baru nak jadi @ lama) dijemput menyertai kami dalam kempen MENGETEH HIJAUKAN seluruh Malaysia!!!

Apa lagi?
Jom dapatkan dari kami
CALL @ SMS atau direct wasup
0103442970 (Us.Fadhil)

Friday, 13 November 2015

Teh Hijau Yang Menyelerakan Dan Berkhasiat


KHASIAT TEH HIJAU

Teh hijau berasal daripada sejenis daun yang dinamakan camellia sinensis. Ia berasal dari Negara China dan dibawa hingga ke Jepun dan meluas hingga ke seluruh dunia. Teh ini dapat tumbuh dengan baik di kawasan pergunungan beriklim sejuk. Tanaman ini berakar tunjang dengan banyak cabang setinggi 4 hingga 8 meter. Daun teh berbentuk bujur panjang dengan gerigi  halus pada pinggirnya. Daun teh berwarna hijau manakala bunga teh berwarna putih dengan serbuk sari berwarna kuning.

Apakah alasan yang menyebabkan teh hijau harus disertakan dalam diet seharian?

Teh hijau harus disertakan dalam diet pemakanan seharian. Ia memiliki nutrien yang terbaik untuk kesihatan, sama ada golongan muda atau tua, lelaki atau perempuan. Antara manfaat minum teh hijau ialah:

Lembutkan kulit- Jika kulit anda terluka, melecet atau digigit serangga, teh hijau boleh membantu. Rendamkan sehelai kapas bersih ke dalam teh hijau dan tekankan pada bahagian kulit berkenaan. Teh hijau secara semula jadi mempunyai bahan antiseptik yang menghilangkan rasa gatal dan lebam. Anda juga boleh mengawal bintik-bintik keradangan, kulit yang melecur, bekas tanda cacar dan mata yang bengkak disebabkan oleh tidur yang tidak cukup.

Lindungi kulit- Di makmal kajian, teh hijau disapukan terus ke atas kulit kerana ia membantu untuk menghilangkan kanser kulit yang bertindak akibat daripada pendedahan di bawah sinaran matahari. Sebab itu juga, anda melihat lebih banyak khasiat teh hijau digunakan dalam produk krim selar kulit dan pelembap kulit. Kandungan teh hijau juga membantu mengekalkan fungsi saluran darah yang mengembang dan mengecut pada kadar yang betul.

Pelindung memori- Teh hijau secara tidak langsung menolong mengekalkan kecergasan memori atau fungsi otak. Seorang dewasa yang meminum dua gelas teh hijau akan merasai peningkatan masalah kognitif daripada mereka yang tidak menggemarinya. Ini kerana dos antioksidan yang terkandung dalam minuman ini dapat melawan radikal bebas yang merosakkan saraf-saraf dalam otak.

Pencegah kanser- Menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Cellular Biochemistry edisi Julai, kandungan polifenol yang terdapat dalam teh berperanan sebagai pencegah kanser. Daun teh hijau yang telah dikeringkan mempunyai 40% kandungan polifenol. Polifenol adalah sejenis antioksidan yang sangat kuat yang mana ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menjadi penyebab kanser. Selain itu, sejak 20 tahun lalu telah dilakukan kajian terhadap teh hijau ni dan kesannya terhadap kanser melalui percubaan terhadap haiwan. Sejak itulah pengambilan teh hijau ni makin dipercayai dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kanser.

Memanjangkan hayat- Banyak kajian telah membuktikan antioksidan yang terdapat dalam teh dapat melindungi tubuh daripada penyakit tertentu seperti masalah sakit jantung, strok dan kanser. Flanovoid iaitu sejenis antioksidan yang terdapat dalam 3 cawan teh adalah lapan kali lebih kuat dari yang diperoleh daripada sebiji epal. Satu kajian telah dilakukan di daerah Schizouka, Jepun pada tahun 1994. Hasilnya, kadar kematian masyarakat di situ 10 hingga 15 peratus lebih rendah dibandingkan dengan kadar kematian di daerah Jepun yang lainnya.

Menurunkan berat badan- Sudah tentu perkara ini menarik perhatian ramai kerana teh hijau mempercepatkan proses pembakaran kalori dengan menghalang penyerapan lemak arteri dan kolesterol. Satu penyelidikan yang di buat oleh International Journal of Obesity telah membuat kesimpulan berdasarkan kajian mereka bahawa ekstrak teh hijau mampu meningkatkan pembakaran kalori dan lemak dalam badan.

Mencegah penyakit gigi-Polyphenol dalam teh hijau mempunyai kandungan anti bakteria yang membantu mencegah penyakit gingivitis dan periodontal dengan cara membunuh bakteria berkumpul dalam mulut yang menyebabkan kerosakan gigi. Tindakan anti bakteria ini juga dikatakan berkesan dalam merawat halitosis atau masalah mulut berbau dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk.
Mencegah keracunan makanan- Disebabkan teh hijau terkenal sebagai pembunuh bakteria, meminum teh hijau dapat menurunkan risiko keracunan makanan akibat bakteria kerana teh hijau dapat mencegah tumbuhnya bakteria yang berbahaya seperti clostridia dan E. coli. Apabila terkena cirit birit, anda disarankan untuk minum teh hijau yang pekat untuk merawat. Teh hijau ni merupakan agen pembasmi kuman yang paling kuat kerana ia mempunyai kesan anti toksik dalam toksin yang dihasilkan oleh bakteria.

Menurunkan tekanan darah- Penyebab utama hipertensi adalah sebuah enzim yang dikeluarkan ginjal. Ubat hipertensi yang terkenal adalah ACE inhibitor. Teh hijau merupakan inhibitor ACE di mana beberapa penelitian menunjukkan tekanan darah tinggi menurun setelah diberi ekstrak teh hijau.

Sekalipun memiliki banyak manfaat, perlu diingat bahawa teh juga mengandung kafein. Jika diambil secara berlebihan, ia dapat menyebabkan beberapa gangguan seperti insomnia, berdebar hati dan ketidakaturan detik jantung. Namun kandungan kafein dalam teh masih tetap lebih rendah jika dibandingkan dengan kopi atau minuman berkarbonat.
 
KENAPA HALAL THAI?

boleh rujuk link berikut

http://www.halal.or.th/en/main/index.php

http://www.pelitabrunei.gov.bn/rencana/item/13633-pusat-sains-halaluniversiti-chulalongkorn-thailand-berhasrat-jadi-dapur-dunia

Secara peribadi, halal thai lebih diyakini berbanding halal jakim sendiri. Kenapa? Tanyalah mereka yang tahu. :)

Produk ini, brand no 1 di thai, inilah teh hijau yang org ramai duk kata sedap tu. Boleh buat teh o atau teh susu.. Tarik atau ice. Bau teh juga wangi.

Thai, hub makanan dunia, pengiktirafan halal yg teliti oleh suatu badan khas umat islam disana(non goverment) Bukan calang2 nak keluarkan logo halal, siap ade no siri. Berbeza amat dengan JAKIm kita, badan under goverment yg..... Faham2 lah.

Berminat boleh direct
010-3442970
Us.Fadhil
Cod kuala kangsar (harga RM13 SAHAJA)
Lain2 tempat pos